Mahkamah Malaysia

Bangunan Sultan Abdul Samad meletakkan Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur bersama-sama dengan Mahkamah Perniagaan.

Sistem kehakiman Malaysia (Jawi: سيستم کحاکيمن مليسيا) sebagai sebuah negara persekutuan tiga belas negeri meletakkan hampir semua kuasa pada sistem mahkamah persekutuan ia. Sistem tersebut terbahagi kepada dua iaitu mahkamah tinggi dan mahkamah rendah.

Mahkamah-mahkamah rendah termasuklah mahkamah majistret dan mahkamah sesyen, manakala yang tinggi adalah mahkamah tinggi di Semenanjung dan Sabah dan Sarawak serta Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, mahkamah tertinggi dan mahkamah terakhir untuk membuat rayuan. Mahkamah Persekutuan pada awalnya dikenali sebagai Mahkamah Agung tetapi digantikan selepas 24 Jun, 1994.

Sistem Kehakiman di Malaysia bercirikan dwialiran dengan satu aliran melibatkan undang-undang sivil dan satu aliran lain mengadili perkara berkaitan dengan undang-undang Islam melalui Mahkamah Syariah.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search